tips penjagaan kulit wajah

Tanpa sedar kadang2 kita sebenarnya silap menjaga muka . No 6 tu ramai tak yang buat ?

💡Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap

Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap :
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci .
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat .

💡Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat

Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma . Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men'cederakan' kulit dari dalam .

💡Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar . Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis , lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal .

 💡Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut . Kalau terkena pada muka , minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat .

💡Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap

Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap . Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda . Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya .

💡Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka

Ramai yang buat ni kan ? Lap muka menggunakan tuala badan . Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan . Jika tuala badan anda mempunyai kotoran , sangat mudah ia merebak ke muka anda juga . Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka .

Boleh share untuk manfaat bersama☺

#tipspenjagaanmuka

Comments

Popular Posts